Sunday, July 29, 2018

RUJUKKAN



    1.Suppiah Nachiappan,Ramlah Jantan,Abdul Aziz Abdul Shukor,2008,Psikologi  Pendidikan,Oxford Fajar Sdn.Bhd
    2. Lee Keok Cheong,Ea Ah Meng,Suppiah Nachiappan,Taqiuddin Abd Mukti,2014,Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak,Oxford Fajar Sdn.Bhd
    3. Ee Ah Meng,2003,Bimbingan dan Kunseling Edisi Kedua,Fajar Bakti Sdn.Bhd
    4. Sapora Sipon,Ruhaya Hussin,2013,Teori Kaunseling dan Psikoterapi,Universiti Sains Islam Malaysia


RUMUSAN



Bimbingan dan kaunseling telah meliputi pelbagai pengkhususan termasuk kaunseling sekolah atau kolej, keluarga, perkahwinan. Kaunseling ini merupakan pemulihan akhlak dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien. Seorang kaunseling boleh memberi nasihat atau faedah kepada klien agar klien tersebut dapat mengatasi masalahnya dengan selesa. Selain itu, ia mampu memberi pengalaman kepada klien untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Walaupun begitu, untuk menjadi pakar dalam bidang-bidang pengkhususan ini mereka perlu terlebih dahulu memenuhi keperluan asas sebagai pengamal umum sebagai kaunselor perfosional.

          Kaunseling merupakan satu profesion yang memberi pertolongan kepada klien berasaskan kepada ilmu-ilmu psikologi. Kaunseling dijalankan oleh individu bersama individu yang boleh berfungsi dengan baik. Kaunselor juga bekerja berdasakan pendekatan teori kognitif, tingkah laku dan emotif.

KEMAHIRAN KAUNSELING



Kemahirannya mempunyai 4 iaitu pra sesi, membina hubungan, penstrukturan dan berkomunikasi.

KEMAHIRAN PRA SESI

 ü Kemahiran ini dekenali sebagai persediaan awal kaunselor untuk menghadapi kliennya. Persedian awal itu dari segi peribadi klien itu, fizikal dan maklumat atau rekod klien tersebut.

 ü Semasa pertemuan pertama mereka klien perlu membina hubungan kepercayaan terhadap kaunselor. Setiap kaunselor perlu memberi tumpuan kepada klien ketika klien meluahkan masalahnya kepada klien. Kaunselor juga perlulah memberi reaksi yang jujur dan ikhlas ia juga perlulah memberi faedah-faedah yang baik ketika berinteraksi bersama klien. Setiap kaunselor perlu menunjukkan sifat penyayang kepada klien.

 ü Penyediaan tempat ketika pertemuan klien dan kaunselor perlu berada di tempat yang selesa agar klien itu berasa aman untuk menceritakan masalahnya. Setiap bilik kaunseling perlulah mempunyai keperluan seperti kerusi, meja, kipas angina yang mencukupi. Tempat meluahkan masalah mestilah sentiasa kemas, wangi dan tidak bersepah agar perasaan klien itu tenang menceritakan masalahnya. 

 ü Seorang klien  mestilah menentukan keberkesanan ketika pertemuan pertama bersama kaunselor kerana ini melibatkan sesi pertemuan seterusnya. Peringkat ini amatlah penting bagi klien kerana sifat kepercayaan seorang klien kepada kaunselornya.

KEMAHIRAN MEMBINA HUBUNGAN

 ü Kaunselor dan klien perlu mewujudkan suasana terputik seperti suasana yang aman dan tenang, tanpa ada sebarang gangguan kerana ini akan memberi keselesaan kepada kliennya. Dengan wujudnya suasana terputik ini perbincangan klien dan kaunselor akan berjalan lancar manakala kaunselor juga dapat mendengar luahan daripada klien dengan lancar.

 ü Perlu mewujudkan hubungan yang unik dan istimewa dinamik serta fasilatif.

 ü Menitiberatkan personaliti kaunselor kepada klien agar tidak wujudnya perasaan yang lebih daripada seorang klien dan kaunselor kerana ini juga boleh menganggu proses akan datang.

 ü Setiap klien itu mempunyai masalah yang tersediri maka kaunselor tugasnya perlulah membawa klien untuk menghadapi realiti dengan memberi cadangan-cadangan yang berfaedah agar klien tersebut dapat menghadapi masalahnya tanpa ada gangguan mental.

 ü Kaunselor perlulah memberi peransangan kepada klien agar ia dapat menghadapi masalahnya.

PENSTURKTURAN

 ü Setiap pertemuan itu kaunselor perlulah menyediakan nada dan struktur sesi perundingan agar klien itu berasa selesa meluahkan masalahnya bersama kaunselor.

 ü Setiap pertemuan bersama kaunselor perlulah mempunyai kontrak dan had masa pertemuan agar tidak menganggu harian kaunselor tersebut.

 ü Menentukan sifat batasan dan maklumat perhubungan menolong.

 ü Cara formal dan tidak formal.

BERKOMUNIKASI

 ü Posisi keadaan ketika komunikasi klien dan kaunselor adalah dengan jarak 1-1.5

 ü Penampilan diri amatlah penting ketika komunikasi kerana ini memberi kekuatan kepada klien untuk menceritakan masalahnya kepada kaunselor. Setiap kaunselor perlulah memakai pakaian yang mengikut norma-norma tempatan. Pakaian yang bersesuaian adalah pakaian yang kemas dan tidak menjolok mata dan ia mestilah tidak bau badan kerana ini memberi keselesaan komunikasi itu berjalan lancar.

 Eksperasi muka
1. Setiap manusia akan mempamerkan eksperasi muka yang berbeza-beza mengikut perasaan dan keadaan.
2.  Sesi kaunseling juga amat menitieratkan eksperasi muka kaunselor kerana eksperasi muka dapat membantu menerangkan erti mesej yang ingin disampaikan.
3.     Seorang kaunselor yang perfesional akan menggunakan kemahiran ini untuk mempamerkan memek muka yang meyakinkan.
4.     Memek muka terbentuk hasil daripada pandangan mata, kedutan dahi, muka dan hidung serta reaksi wajah yang lahir ketika sesi.
         
          Pandangan mata
1. Konteks mata mempunyai fungsi yang amat penting iaitu memberikan tumpuan, menunjukkan minat, menunjukkan tanda hormat, menggalakan perundingan, menimbulkan rasa penerimaan, rasa percaya, selesa dan kesungguhan.

            Cara duduk dalam sesi kaunseling
1.     Membaca bahasa badan atau gerakan yang dilakukan oleh klien merupakan kemahiran yang perlu ada dalam diri kaunselor.
2.  Seseorang yang bersifat terbuka dan mesra akan duduk condong sedikit kearah orang yang bercakap dengannya.
3.     Kaunselor perlu mengamalkan beberapa ciri duduk iaitu tidak menyadar di kerusi sambil menggoyangkan badannya secara tidak berhenti, jangan menyilang kaki dengan kaki sebelah di atas lutut, atau sambil tangan di letak di belakang tengkuk dan menyadar.

PROSES KAUNSELING INDIVIDU



MEMBINA HUBUNGAN


  • ·   Seorang kaunselor perlu membina hubungan baik dengan klien dengan cara memberi komunikasi secara terbuka, jujur dan sempurna tentang masalah yang dihadapi oleh klien agar klien merasakan dirinya dihargai ketika meluahkan apa yang dirasa.
  • ·   Sentiasa berusaha untuk memahami perasaan klien yang mendalam terhadap mereka agar mereka dapat memberi keyakinan tinggi antara kaunselor dengan klien.
  • ·   Ketika klien memberi luahan kaunselor perlu memberikan gambaran tentang faedah-faedah kaunseling kepada klien agar klien dapat memberi tumpuan kepada luahan yang diberikan.
  • ·    Sentiasa memberikan gambaran yang klien dan kaunselor perlu tekun berusaha meneroka untuk mencapai pemahaman tentang masalah klien.
  • ·       Dengan hasi membina hubungan antara klien dan kaunselor setiap kaunselor perlu memperolehi masalah-masalah yang dihadapi oleh klien.



PENEROKAAN

  • ·       Apabila setiap kaunselor dan klien sudah membina hubungan antara mereka maka ia perlu dijaga agar dapat melakukan proses-proses akan dapat dilaksanakan dengan sempurna.
  • ·      Apabila diantara kaunselor dan klien mempunyai perasaan antara satu sama lain maka ia perlu disingkirkan agar tidak menganggu pencapaian matlamat.
  • ·        Klien tidak perlu meneroka masalah dan perasaan agar dapat mencapai kesedaran diri yang mendalam.
  • ·       Setiap kaunselor mestilah sentiasa mempunyai fakta-fakta yang boleh membantu dalam penyelesaian masalah.
  • ·   Mengadakan aktiviti-aktiviti kerja rumah untuk klien supaya dapat mencapai matlamatnya.



MENGENAL PASTI MASALAH

·        Mengenal pasti masalah
·        Mengenal punca masalah
·        Mencerakin (menganalisis) masalah
·        Meneroka alternatif-alternatif
·        Membantu membuat rumusan
·        Mengambil tindakkan susulan

TINDAKKAN SUSULAN

  • ·    Dapat memantau klien yang benar-benar berfungsi secara berkesan dapat dipulihkan atau mendapatkan lagi rawatan dengan kaunselor.
  • ·      Untuk mendapatkan maklum balas tindakan-tindakan yang dijalankan dalam usaha menagani masalahnya.
  • ·     Klien ini kurang berkesan atau klien itu menghadapi kesulitan untuk melaksanakan sesetangah langkah, kaunselor hendaklah berusaha untuk menemui klien bagi mengenal pasti halangan-halangan yang dihadapi oleh klien.



TEORI EKLETIK


KONSEP TEORI EKLETIK


Teori ini berasal daripada personaliti seseorang melalui faktor genetik, alam sekitar dan pembelajaran sosial. Klien itu bertindak balas mengikut dalam keadaan yang sebenar akan tetapi bertindak balas kepada keadaan yang diterima. Apabila klien tersebut telah bertindak balas sebegini maka ini telah melibatkan penggunaan bahasa, semantik, penghargaan, encoding, pemilihan perhatian, kekuatan menyelesaikan masalah, standard persembahan dan kesan ke atas pelbagai nilai tingkah laku dan kepercayaan. Setiap kaunselor perlu menunjukkan minat untuk mendengar luahan klien agar klien itu dapat memberi kepercayaan kepada kaunselor.

          Mengikut tokoh Bandura (1978) beliau telah berpendapat bahawa manusia tidak akan bertindak secara automatik kepada rangsangan luaran. Pemikiran mereka tentang satu rangsangan akan menentukan yang manakah rangsangan yang dilihat, bagaimana mereka melihatnya, bagaimana nilainya dan berapa lamakah mereka akan mengigatinya. Ini telah menunjukkan bahawa teori ini muncul kerana setiap klien yang bertemu dengan kaunselor telah diganggu dengan gangguan mental dan emosi. Ini telah menunjukkan bahawa setiap klien itu telah menanggung kesan daripada konflik yang mereka hadapi dalam keadaan yang tidak menyenangkan dalam kehidupan sosial dan personal mereka.

          Setiap kaunselor perlu memberi penghargaan kepada klien yang mempunyai perbezaan peringkat atau kesedaran diri. Setiap klien apabila mempunyai masalah ia akan memberi pemahaman yang tidak dikenali, tidak menyedari tingkah laku yang teruk dan perasaan yang sentiasa mengawal diri. Ini apabila kaunselor memberi penghargaan perasaan klien tersebut akan berubah dan membetulkan dirinya sendiri. Dengan menggunakan teori ini komunikasi dapat memberi kesan yang akan mengakibatkan seseorang itu melangkah setapak ke belakang kerana ia mengkaji kecederungan dan corak proses komunikasi dalam perhubungan yang berterusan.




LATAR BELAKANG TEORI EKLETIK


Teori ini telah diasaskan oleh dua orang tokoh iaitu George Kelly (1905-1967) dan Milton Henry Erikson (1901-1980).

          George Kelly ini dilahirkan di Kansas pada tahun 1905. Beliau adalah seorang anak tunggal kepada pasangan yang berpegang kuat kepada agama dan komited untuk membantu orang lain. Beliau telah menghabiskan banyak masa pengajiannya di Ohio State University iaitu tempat beliau belajar selama 19 tahun dan memurnikan teori personalitinya.

          Kelly percaya kepada bahawa setiap manusia membina konstruk hipotesis dan mengujinya secara berlawanan dengan pandangannya kepada realiti. Beliau telah dikenali kerana telah memperkembangkan konstruk peribadi yang mementingkan satu peristiwa. Kelly juga telah membentuk The Role Construct Repertory Test (dikenali sebagai Reptest) untuk mengukur dikotomi yang penting dalam kehidupan individu. Dengan adanya teori ini klien dapat mentafsir setiap konsep dan tiada objektiviti dalam setiap markah yang diperolehi. Kelly juga mencipta teknik terapeutik dan dikenali sebagai Fixed Role Therapy dimana klien akan berimaginasi untuk mendemonstasikan bagaimana menggunakan konstruk baru yang lebih berguna berbanding yang lama (Shultz & Shultz 2001). Kelly meninggal dunia pada tahun 1967. 

          Milton Erickson dilahirkan di Winconsin pada tahun 1901 dan meninggal dunia pada 1980. Semasa beliau umur dalam keadaan muda beliau telah menghidap penyakit polio.

Sebagai pengamal psikatri di Arizona, beliau telah melihat ramai pesakit yang berada dirumah. Ramai ahli seperti Haley dan Jeig bercakap mengenai kerjayanya dan melapor kesnya. Dengan menggunakan teknik hipnosis, beliau dapat menggabungkan kepercayaan klien. Erickson juga telah  menolong orang tua yang menanggung beberapa kesakitan dari pembedahan. Erickson telah memiliki kelebihan untuk melihat dan mendengar pesakit dari aspek yang tidak disedari oleh individu yang lain. Beliau juga dapat mengetahui bahawa bagaimana perangai klien itu dari segi tingkah laku seseorang itu. Disebabkan itu klien yang berhadapinya tidak mengalami hilang arah semasa mereka bercakap. Beliau juga memberi cadangan kepada kliennya yang sering kerap berbanding membuat hypnosis.

Pendekatan eklektik ini telah memberi tumpuan kepada kepelbagaian pemilihan pendekatan yang diambil pelbagai teori atau konsep personality sebagai asas. Apabila seseorang kaunselor itu telah menggunakan teori eklektik ini maka ia akan memberi tumpuan secara personaliti yang dipilih secara konsisten. Walau bagaimanapun teori eklektik ini boleh merosakkan teori kaunseling dan personaliti jika seorang kaunselor melakukan teori ini dengan sesuka hati dan menggunakan teori yang lain tanpa mengambil kira rasional teori personaliti yang dilakukan keatas klien.

APLIKASI TEORI EKLEKTIK


  • Setiap kaunselor akan dapat mengetahui punca masalah klien yang berpunca dari segi proses pembelajaran sosial.
  • Dengan adanya teori ini kaunselor dapat mengeratkan hubungan dengan klien tanpa ada halangan. Ini akan menyebabkan bahawa klien tidak malu untuk bercerita masalah dengan kaunselor. Setiap kaunselor dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh kliennya.
  •  Pemindahan pembelajaran (generalisasi) dari kaunselor kepada klien dalam suasana harian bukanlah automatik tetapi satu yang difikirkan dan dilaksanakan melalui kerja rumah atau tugasan.
  • Setiap kaunselor dapat mengetahui keadaan klien tersebut melalui tingkah laku klien melalui cara duduk klien dan dari segi renungan mata klien itu. 


   


Saturday, July 14, 2018

JENIS-JENIS PERKHIDMATAN KAUNSELING DI SEKOLAH


  • Kaunseling kelompok
  • Kaunseling kerjaya
  • Kaunseling iventori
  • Khidmat penyelesaian masalah

KAUNSELING KELOMPOK
  • Merancang dan menyelaras aktiviti-aktiviti bimbingan kelompok dan tunjuk ajar yang boleh menggalakkan perkembangan konsep kendiri yang positif, aspek kognitif, afektif, psikososial, jasmani, kejantinaan, vokasional, moral atau agama.
  • Mengadakan bimbingan kelompok tentang masalah disiplin, pelajaran, sosial dan lain-lain topik seperti yang dicadangkan oleh murid-murid dari masa ke semasa. Bimbingan ini lebih bersifat penyesuaian.
  • Membantu murid-murid memilih mata pelajaran pilihan mereka untuk peperiksaan PMR, SPM dan STPM sebelum mereka meninggalkan sekolah rendah.
  • Memberi motivasi kepada murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan.

KAUNSELING KERJAYA
  • Sentiasa menyebarkan maklumat kerjaya kepada pelajar-pelajar agar dapat memberi keputusan untuk melanjutkan pelajaran.
  • Dapat memberi peluang halatuju selepas SPM/STPM dan kursus-kursus yang ditawarkan di IPT.
  • Memberi bimbingan permohonan biasiswa dan pinjaman yang telah diiktirafkan oleh MQA dan JPA.


KAUNSELING INVENTORI
  • Menguruskan sistem fail di bilik kaunseling.
  • Menyimpan rekod pentafsiran minat pelajar serta mengawas corak kehadiran pelajar yang dirujuk untuk tujuan kaunseling.
  • Memberi maklumat objektif mengenai pencapaian, kemajuan dan prestasi.
  • Pembelajaran pelajar bermasalah untuk tujuan pemulihan serta membantu perkembangan diri pelajar.

KAUNSELING PENYELESAIAN MASALAH
  • Membuat penilaian aktiviti bimbingan di sekolah dengan tujuan untuk membaikinya seperti pembimbing rakan sebaya, kem jati diri, lencana Anti Dadah dan motivasi pelajar.

ETIKA KAUNSELING


  • Sentiasa menjaga tatalakunya demi memelihara rahsia dan identiti sebagai seorang integeriti profesion kaunseling.
  • Sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dari masa ke semasa. Ia juga mestilah berusaha menilai dan meningkatkan kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesional.
  • Mestilah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab dan jujur selaras dengan profesional kaunseling.
  • Menjaga privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperolehi semasa kaunseling melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang di persekitaranya.
  • Mengutamakan keperluan klien daripada keperluan kaunselor sendiri.
  • Sentiasa diawasi dan dinilai tugas kaunselingnya oleh lembaga kaunselor melalui penyeliaan lazim dan sokongan perundingan.

Friday, July 13, 2018

KEPENTINGAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


  • Memberi nasihat dan panduan kepada yang memerlukan.
  • Menyelesaikan masalah secara profesional.
  • Membantu dengan menjadi teman pendengar yang baik.
  • Merupakan sumber maklumat yang boleh dipercayai.


BANGKU SEKOLAH
  • Menyelesaikan masalah murid, masalah sosial, masalah keluarga dan persedian kerjaya.
  • pembentukkan asas yang kukuh dalam perancangan dan perkembangan kerjaya pada masa akan datang.

LEPASAN SEKOLAH
  • Melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi menentukan laluan kerjaya mengikut minat dan prestasi semasa di bangku sekolah.
  • Memastikan transisi daripada dunia persekolahan dan dunia pendidikan ke dunai pekerjaan menjadi lebih lancar.

DUNIA PEKERJAAN
  • Meningkatkan ketepatan dan akses maklumat sedia ada kepada individu tentang peluang pekerjaan jangka pendek dan jangka panjang.

PRINSIP-PRINSIP BIMBINGAN DAN KAUNSELING

PRINSIP BIMBINGAN


  • Seorang pembimbing hendakalah dilengkapi dengan kemahiran-kemahiran tertentu dalam proses menolong orang lain. Dia hendaklah memahami tentang tabiat manusia dan kemahiran komunikasi antara manusia.
  • Bimbingan menolong murid menetapkan matlamat hidup yang realistik sejajar dengan kebolehan, minat dan bakatnya.
  • Murid atau klien tidak boleh dipaksa berkongsi sesuatu maklumat atau menerima sesuatu keputusan. Suasana kerelaan dan kemesraan hendaklah diwujudkan pada setiap masa sesi bimbingan diadakan.
  • Bimbingan dijalankan dengan kepercayaan bahawa setiap murid berupaya untuk berkembang dan berubah ke arah yang positif serta berguna.

PRINSIP KAUNSELING

Mengikut Patterson (1967)
  • Kaunseling hendaklah menyediakan keadaan-keadaan yang memudahkan perubahan sukarela itu. Keadaan-keadaan itu adalah seperti hak individu untuk membuat pilihan sendiri dan hak individu untuk berasa bebas membuat perubahan tingkah laku.
  • Klien pasti akan menghadapi batasan-batasan seperti yang ditentukan oleh matlamat kaunseling yang sebenarnya dipengaruhi oleh norma, nilai dan sikap seseorang kaunselor.
  • Kaunseling memerlukan seseorang kaunselor mendengar perkara yang diperkatakan oleh klien tetapi bukan semua tindakkan mendengar boleh disifatkan sebagai kaunseling.
Mengikut Biasco F (1966)
  • Kaunseling adalah untuk semua individu dan tidak dihadkan kepada mereka yang mempunyai masalah sahaja. Penekannanya adalah lebih kepada mencegah daripada membaiki.
  • Kaunseling perkembangan adalah untuk membantu klien memperoleh pengetahuan dan kefahaman diri. Hal ini menyebabkan klien menerima keadaan dirinya dari segi jasmani, intelek dan afektif.
  • Kaunseling perkembangan menekankan aspek yang positif kepada setiap individu berbanding aspek yang negatif.
Mengikut McDaniel dan Shaftel (1956)
  • Setiap klien hendaklah diterima sebagai individu dan dilayan dengan baik. Kaunselor seharusnya memberikan penghormatan tulen terhadap hak-hak seseorang individu.
  • Keadaan permatif ini dapat dilihat dari dua segi. Pertama, perhubungan antara kaunselor dengan klien boleh ditamatkan pada bila masa-masa. Ini bermakna tidak terdapat sebarang unsur paksaan. Kedua, kaunselor tidak boleh memujuk klien menerima nilai atau ideanya. Klien seharusnya menentukan untuk dirinya sama ada hendak menerima satu-satu pandangan atau cadangan yang dikemukan oleh kaunselor.

MATLAMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

MATLAMAT BIMBINGAN

  • Bimbingan menolong pelajar-pelajar mempelajari, memahami pengalaman. Nilai, sikap dan perlakuan yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk Malaysia.
  • Bimbingan adalah melayan keperluan-keperluan pelajar bagi perkembangan potensi dan kebolehan mereka.
  • Bimbingan menolong pelajar-pelajar memilih dan merancang hidup mereka dengan berkesan.
  • Menolong mereka menyedari kekuatan dan kelemahan mereka dan memberi fokus kepada pengukuhan kekuatan-kekuatan yang ada.  


MATLAMAT KAUNSELING


  • Memudahkan perubahan membimbing klien membentuk imej diri yang positif dan memupuk ciri-ciri yang baik serta mengurangkan ciri-ciri yang negatif. Selain itu, membantu klien membuat sesuatu perubahan tingkah laku yang membolehkan klien menjalani kehidupan yang lebih produktif dan memuaskan.
  • Meningkatkan  keupayaan klien menghadapi masalah semasa berinteraksi dengan orang lain maka matlamat kaunselor ialah mencari jalan supaya dapat meningkatkan mutu dan cara klien berhubung dengan orang lain.
  • Menguruskan diri berkesan sememangnya semua manusia akan mengalami masalah seandainya konflik yang berlaku pada masa dahulu tidak diatasi. Tugas kaunselor disini adalah untuk membimbing klien.

PERBEZAAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Aspek

Bimbingan

Kaunseling


Professional
Guru dianggap pembimbing kepada pelajar yang bermasalah atau pelajar yang meminta pandangan.
Kaunseling seorang yang bertauliah dan mempunyai sijil ijazah sarjana muda bimbingan dan kaunseling.

Tempat
Bimbingan ini dilakukan dimana-mana sahaja.
Kaunseling mempunyai bilik yang khas untuk kaunselor dank klien.

Masa
Bimbingan ini dilakukan tidak mengira masa.
Kaunseling ini terikat dengan kontrak antara kaunselor dank klien.

Teori
Bimbingan ini perlu dilakukan dengan ilmu pengetahuan
Kaunseling mempunyai pelbagai teori mengikut kesesuaian masalah yang dihadapi oleh klien.

KONSEP BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bertambah penting sekarang kerana negara-negara mengalami perubahan pesat. Dunia globalisasi dipenuhi dengan pelbagai cabaran. Faktor kesibukan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan media massa telah mendatangkan pelbagai kesan kepada masyarakat dan negara ada kesan yang positif dan ada pula yang negatif. Perkhidmatan ini disediakan di Malaysia dengan tujuan supaya manusia boleh mencari jalan keluar agar individu menemui kesejahteraan dan dapat menagani pelbagai masalah yang dihadapi oleh murid atau klien.


KONSEP BIMBINGAN

  • Suatu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka. Individu tersebut akan dibantu oleh guru bimbingan atau kaunselor agar menyedari segala kekuatan dan kelemahan diri mereka.Dengan itu, mereka akan menentukan aras aspirasi yang lebih realistik dengan kebolehan dan minat mereka. Melalui cara ini, individu dapat mengembangkan kebolehannya ke satu tahap yang maksimum tanpa menjejaskan kesejahteraannya hidup yang mungkin mendatangkan tekanan yang melampau.
  • Proses pendidikan bagi memberi pertolongan positif kepada individu faham dirinya. Gunakan peluang pendidikan dengan bijak agar memajukan diri.
  • Proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan pilihan 
  • bijak dari aspek peribadi.

KONSEP KAUNSELING

  • Suatu proses interaksi yang membolehkan individu itu memahami diri dan persekitarannya. Hal ini akan membantunya membentuk matlamat dan niai yang akan menjadi asas kepada tingkah lakunya pada masa hadapan.
  • Proses interaksi yang membolehkan memahami dirinya dan situasi.
  • Kaunseling bukan bertujuan menolong klien menyesuaikan diri dengan alam sosial semata-mata tetapi menolong individu memahami kelebihan dan kekurangan.
  • Proses pertemuan secara bersemuka antara seorang kaunselor dan kliennya.