Sunday, July 29, 2018

TEORI EKLETIK


KONSEP TEORI EKLETIK


Teori ini berasal daripada personaliti seseorang melalui faktor genetik, alam sekitar dan pembelajaran sosial. Klien itu bertindak balas mengikut dalam keadaan yang sebenar akan tetapi bertindak balas kepada keadaan yang diterima. Apabila klien tersebut telah bertindak balas sebegini maka ini telah melibatkan penggunaan bahasa, semantik, penghargaan, encoding, pemilihan perhatian, kekuatan menyelesaikan masalah, standard persembahan dan kesan ke atas pelbagai nilai tingkah laku dan kepercayaan. Setiap kaunselor perlu menunjukkan minat untuk mendengar luahan klien agar klien itu dapat memberi kepercayaan kepada kaunselor.

          Mengikut tokoh Bandura (1978) beliau telah berpendapat bahawa manusia tidak akan bertindak secara automatik kepada rangsangan luaran. Pemikiran mereka tentang satu rangsangan akan menentukan yang manakah rangsangan yang dilihat, bagaimana mereka melihatnya, bagaimana nilainya dan berapa lamakah mereka akan mengigatinya. Ini telah menunjukkan bahawa teori ini muncul kerana setiap klien yang bertemu dengan kaunselor telah diganggu dengan gangguan mental dan emosi. Ini telah menunjukkan bahawa setiap klien itu telah menanggung kesan daripada konflik yang mereka hadapi dalam keadaan yang tidak menyenangkan dalam kehidupan sosial dan personal mereka.

          Setiap kaunselor perlu memberi penghargaan kepada klien yang mempunyai perbezaan peringkat atau kesedaran diri. Setiap klien apabila mempunyai masalah ia akan memberi pemahaman yang tidak dikenali, tidak menyedari tingkah laku yang teruk dan perasaan yang sentiasa mengawal diri. Ini apabila kaunselor memberi penghargaan perasaan klien tersebut akan berubah dan membetulkan dirinya sendiri. Dengan menggunakan teori ini komunikasi dapat memberi kesan yang akan mengakibatkan seseorang itu melangkah setapak ke belakang kerana ia mengkaji kecederungan dan corak proses komunikasi dalam perhubungan yang berterusan.




LATAR BELAKANG TEORI EKLETIK


Teori ini telah diasaskan oleh dua orang tokoh iaitu George Kelly (1905-1967) dan Milton Henry Erikson (1901-1980).

          George Kelly ini dilahirkan di Kansas pada tahun 1905. Beliau adalah seorang anak tunggal kepada pasangan yang berpegang kuat kepada agama dan komited untuk membantu orang lain. Beliau telah menghabiskan banyak masa pengajiannya di Ohio State University iaitu tempat beliau belajar selama 19 tahun dan memurnikan teori personalitinya.

          Kelly percaya kepada bahawa setiap manusia membina konstruk hipotesis dan mengujinya secara berlawanan dengan pandangannya kepada realiti. Beliau telah dikenali kerana telah memperkembangkan konstruk peribadi yang mementingkan satu peristiwa. Kelly juga telah membentuk The Role Construct Repertory Test (dikenali sebagai Reptest) untuk mengukur dikotomi yang penting dalam kehidupan individu. Dengan adanya teori ini klien dapat mentafsir setiap konsep dan tiada objektiviti dalam setiap markah yang diperolehi. Kelly juga mencipta teknik terapeutik dan dikenali sebagai Fixed Role Therapy dimana klien akan berimaginasi untuk mendemonstasikan bagaimana menggunakan konstruk baru yang lebih berguna berbanding yang lama (Shultz & Shultz 2001). Kelly meninggal dunia pada tahun 1967. 

          Milton Erickson dilahirkan di Winconsin pada tahun 1901 dan meninggal dunia pada 1980. Semasa beliau umur dalam keadaan muda beliau telah menghidap penyakit polio.

Sebagai pengamal psikatri di Arizona, beliau telah melihat ramai pesakit yang berada dirumah. Ramai ahli seperti Haley dan Jeig bercakap mengenai kerjayanya dan melapor kesnya. Dengan menggunakan teknik hipnosis, beliau dapat menggabungkan kepercayaan klien. Erickson juga telah  menolong orang tua yang menanggung beberapa kesakitan dari pembedahan. Erickson telah memiliki kelebihan untuk melihat dan mendengar pesakit dari aspek yang tidak disedari oleh individu yang lain. Beliau juga dapat mengetahui bahawa bagaimana perangai klien itu dari segi tingkah laku seseorang itu. Disebabkan itu klien yang berhadapinya tidak mengalami hilang arah semasa mereka bercakap. Beliau juga memberi cadangan kepada kliennya yang sering kerap berbanding membuat hypnosis.

Pendekatan eklektik ini telah memberi tumpuan kepada kepelbagaian pemilihan pendekatan yang diambil pelbagai teori atau konsep personality sebagai asas. Apabila seseorang kaunselor itu telah menggunakan teori eklektik ini maka ia akan memberi tumpuan secara personaliti yang dipilih secara konsisten. Walau bagaimanapun teori eklektik ini boleh merosakkan teori kaunseling dan personaliti jika seorang kaunselor melakukan teori ini dengan sesuka hati dan menggunakan teori yang lain tanpa mengambil kira rasional teori personaliti yang dilakukan keatas klien.

APLIKASI TEORI EKLEKTIK


  • Setiap kaunselor akan dapat mengetahui punca masalah klien yang berpunca dari segi proses pembelajaran sosial.
  • Dengan adanya teori ini kaunselor dapat mengeratkan hubungan dengan klien tanpa ada halangan. Ini akan menyebabkan bahawa klien tidak malu untuk bercerita masalah dengan kaunselor. Setiap kaunselor dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh kliennya.
  •  Pemindahan pembelajaran (generalisasi) dari kaunselor kepada klien dalam suasana harian bukanlah automatik tetapi satu yang difikirkan dan dilaksanakan melalui kerja rumah atau tugasan.
  • Setiap kaunselor dapat mengetahui keadaan klien tersebut melalui tingkah laku klien melalui cara duduk klien dan dari segi renungan mata klien itu. 


   


No comments:

Post a Comment