- Kaunseling kelompok
- Kaunseling kerjaya
- Kaunseling iventori
- Khidmat penyelesaian masalah
KAUNSELING KELOMPOK
- Merancang dan menyelaras aktiviti-aktiviti bimbingan kelompok dan tunjuk ajar yang boleh menggalakkan perkembangan konsep kendiri yang positif, aspek kognitif, afektif, psikososial, jasmani, kejantinaan, vokasional, moral atau agama.
- Mengadakan bimbingan kelompok tentang masalah disiplin, pelajaran, sosial dan lain-lain topik seperti yang dicadangkan oleh murid-murid dari masa ke semasa. Bimbingan ini lebih bersifat penyesuaian.
- Membantu murid-murid memilih mata pelajaran pilihan mereka untuk peperiksaan PMR, SPM dan STPM sebelum mereka meninggalkan sekolah rendah.
- Memberi motivasi kepada murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan.
KAUNSELING KERJAYA
- Sentiasa menyebarkan maklumat kerjaya kepada pelajar-pelajar agar dapat memberi keputusan untuk melanjutkan pelajaran.
- Dapat memberi peluang halatuju selepas SPM/STPM dan kursus-kursus yang ditawarkan di IPT.
- Memberi bimbingan permohonan biasiswa dan pinjaman yang telah diiktirafkan oleh MQA dan JPA.
KAUNSELING INVENTORI
- Menguruskan sistem fail di bilik kaunseling.
- Menyimpan rekod pentafsiran minat pelajar serta mengawas corak kehadiran pelajar yang dirujuk untuk tujuan kaunseling.
- Memberi maklumat objektif mengenai pencapaian, kemajuan dan prestasi.
- Pembelajaran pelajar bermasalah untuk tujuan pemulihan serta membantu perkembangan diri pelajar.
KAUNSELING PENYELESAIAN MASALAH
- Membuat penilaian aktiviti bimbingan di sekolah dengan tujuan untuk membaikinya seperti pembimbing rakan sebaya, kem jati diri, lencana Anti Dadah dan motivasi pelajar.
No comments:
Post a Comment