Sunday, July 29, 2018

KEMAHIRAN KAUNSELING



Kemahirannya mempunyai 4 iaitu pra sesi, membina hubungan, penstrukturan dan berkomunikasi.

KEMAHIRAN PRA SESI

 ü Kemahiran ini dekenali sebagai persediaan awal kaunselor untuk menghadapi kliennya. Persedian awal itu dari segi peribadi klien itu, fizikal dan maklumat atau rekod klien tersebut.

 ü Semasa pertemuan pertama mereka klien perlu membina hubungan kepercayaan terhadap kaunselor. Setiap kaunselor perlu memberi tumpuan kepada klien ketika klien meluahkan masalahnya kepada klien. Kaunselor juga perlulah memberi reaksi yang jujur dan ikhlas ia juga perlulah memberi faedah-faedah yang baik ketika berinteraksi bersama klien. Setiap kaunselor perlu menunjukkan sifat penyayang kepada klien.

 ü Penyediaan tempat ketika pertemuan klien dan kaunselor perlu berada di tempat yang selesa agar klien itu berasa aman untuk menceritakan masalahnya. Setiap bilik kaunseling perlulah mempunyai keperluan seperti kerusi, meja, kipas angina yang mencukupi. Tempat meluahkan masalah mestilah sentiasa kemas, wangi dan tidak bersepah agar perasaan klien itu tenang menceritakan masalahnya. 

 ü Seorang klien  mestilah menentukan keberkesanan ketika pertemuan pertama bersama kaunselor kerana ini melibatkan sesi pertemuan seterusnya. Peringkat ini amatlah penting bagi klien kerana sifat kepercayaan seorang klien kepada kaunselornya.

KEMAHIRAN MEMBINA HUBUNGAN

 ü Kaunselor dan klien perlu mewujudkan suasana terputik seperti suasana yang aman dan tenang, tanpa ada sebarang gangguan kerana ini akan memberi keselesaan kepada kliennya. Dengan wujudnya suasana terputik ini perbincangan klien dan kaunselor akan berjalan lancar manakala kaunselor juga dapat mendengar luahan daripada klien dengan lancar.

 ü Perlu mewujudkan hubungan yang unik dan istimewa dinamik serta fasilatif.

 ü Menitiberatkan personaliti kaunselor kepada klien agar tidak wujudnya perasaan yang lebih daripada seorang klien dan kaunselor kerana ini juga boleh menganggu proses akan datang.

 ü Setiap klien itu mempunyai masalah yang tersediri maka kaunselor tugasnya perlulah membawa klien untuk menghadapi realiti dengan memberi cadangan-cadangan yang berfaedah agar klien tersebut dapat menghadapi masalahnya tanpa ada gangguan mental.

 ü Kaunselor perlulah memberi peransangan kepada klien agar ia dapat menghadapi masalahnya.

PENSTURKTURAN

 ü Setiap pertemuan itu kaunselor perlulah menyediakan nada dan struktur sesi perundingan agar klien itu berasa selesa meluahkan masalahnya bersama kaunselor.

 ü Setiap pertemuan bersama kaunselor perlulah mempunyai kontrak dan had masa pertemuan agar tidak menganggu harian kaunselor tersebut.

 ü Menentukan sifat batasan dan maklumat perhubungan menolong.

 ü Cara formal dan tidak formal.

BERKOMUNIKASI

 ü Posisi keadaan ketika komunikasi klien dan kaunselor adalah dengan jarak 1-1.5

 ü Penampilan diri amatlah penting ketika komunikasi kerana ini memberi kekuatan kepada klien untuk menceritakan masalahnya kepada kaunselor. Setiap kaunselor perlulah memakai pakaian yang mengikut norma-norma tempatan. Pakaian yang bersesuaian adalah pakaian yang kemas dan tidak menjolok mata dan ia mestilah tidak bau badan kerana ini memberi keselesaan komunikasi itu berjalan lancar.

 Eksperasi muka
1. Setiap manusia akan mempamerkan eksperasi muka yang berbeza-beza mengikut perasaan dan keadaan.
2.  Sesi kaunseling juga amat menitieratkan eksperasi muka kaunselor kerana eksperasi muka dapat membantu menerangkan erti mesej yang ingin disampaikan.
3.     Seorang kaunselor yang perfesional akan menggunakan kemahiran ini untuk mempamerkan memek muka yang meyakinkan.
4.     Memek muka terbentuk hasil daripada pandangan mata, kedutan dahi, muka dan hidung serta reaksi wajah yang lahir ketika sesi.
         
          Pandangan mata
1. Konteks mata mempunyai fungsi yang amat penting iaitu memberikan tumpuan, menunjukkan minat, menunjukkan tanda hormat, menggalakan perundingan, menimbulkan rasa penerimaan, rasa percaya, selesa dan kesungguhan.

            Cara duduk dalam sesi kaunseling
1.     Membaca bahasa badan atau gerakan yang dilakukan oleh klien merupakan kemahiran yang perlu ada dalam diri kaunselor.
2.  Seseorang yang bersifat terbuka dan mesra akan duduk condong sedikit kearah orang yang bercakap dengannya.
3.     Kaunselor perlu mengamalkan beberapa ciri duduk iaitu tidak menyadar di kerusi sambil menggoyangkan badannya secara tidak berhenti, jangan menyilang kaki dengan kaki sebelah di atas lutut, atau sambil tangan di letak di belakang tengkuk dan menyadar.

No comments:

Post a Comment