Friday, July 13, 2018

KONSEP BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bertambah penting sekarang kerana negara-negara mengalami perubahan pesat. Dunia globalisasi dipenuhi dengan pelbagai cabaran. Faktor kesibukan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan media massa telah mendatangkan pelbagai kesan kepada masyarakat dan negara ada kesan yang positif dan ada pula yang negatif. Perkhidmatan ini disediakan di Malaysia dengan tujuan supaya manusia boleh mencari jalan keluar agar individu menemui kesejahteraan dan dapat menagani pelbagai masalah yang dihadapi oleh murid atau klien.


KONSEP BIMBINGAN

  • Suatu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka. Individu tersebut akan dibantu oleh guru bimbingan atau kaunselor agar menyedari segala kekuatan dan kelemahan diri mereka.Dengan itu, mereka akan menentukan aras aspirasi yang lebih realistik dengan kebolehan dan minat mereka. Melalui cara ini, individu dapat mengembangkan kebolehannya ke satu tahap yang maksimum tanpa menjejaskan kesejahteraannya hidup yang mungkin mendatangkan tekanan yang melampau.
  • Proses pendidikan bagi memberi pertolongan positif kepada individu faham dirinya. Gunakan peluang pendidikan dengan bijak agar memajukan diri.
  • Proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan pilihan 
  • bijak dari aspek peribadi.

KONSEP KAUNSELING

  • Suatu proses interaksi yang membolehkan individu itu memahami diri dan persekitarannya. Hal ini akan membantunya membentuk matlamat dan niai yang akan menjadi asas kepada tingkah lakunya pada masa hadapan.
  • Proses interaksi yang membolehkan memahami dirinya dan situasi.
  • Kaunseling bukan bertujuan menolong klien menyesuaikan diri dengan alam sosial semata-mata tetapi menolong individu memahami kelebihan dan kekurangan.
  • Proses pertemuan secara bersemuka antara seorang kaunselor dan kliennya.

No comments:

Post a Comment