Sunday, July 29, 2018

RUMUSAN



Bimbingan dan kaunseling telah meliputi pelbagai pengkhususan termasuk kaunseling sekolah atau kolej, keluarga, perkahwinan. Kaunseling ini merupakan pemulihan akhlak dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien. Seorang kaunseling boleh memberi nasihat atau faedah kepada klien agar klien tersebut dapat mengatasi masalahnya dengan selesa. Selain itu, ia mampu memberi pengalaman kepada klien untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Walaupun begitu, untuk menjadi pakar dalam bidang-bidang pengkhususan ini mereka perlu terlebih dahulu memenuhi keperluan asas sebagai pengamal umum sebagai kaunselor perfosional.

          Kaunseling merupakan satu profesion yang memberi pertolongan kepada klien berasaskan kepada ilmu-ilmu psikologi. Kaunseling dijalankan oleh individu bersama individu yang boleh berfungsi dengan baik. Kaunselor juga bekerja berdasakan pendekatan teori kognitif, tingkah laku dan emotif.

No comments:

Post a Comment