MATLAMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
MATLAMAT BIMBINGAN
- Bimbingan menolong pelajar-pelajar mempelajari, memahami pengalaman. Nilai, sikap dan perlakuan yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk Malaysia.
- Bimbingan adalah melayan keperluan-keperluan pelajar bagi perkembangan potensi dan kebolehan mereka.
- Bimbingan menolong pelajar-pelajar memilih dan merancang hidup mereka dengan berkesan.
- Menolong mereka menyedari kekuatan dan kelemahan mereka dan memberi fokus kepada pengukuhan kekuatan-kekuatan yang ada.
MATLAMAT KAUNSELING
- Memudahkan perubahan membimbing klien membentuk imej diri yang positif dan memupuk ciri-ciri yang baik serta mengurangkan ciri-ciri yang negatif. Selain itu, membantu klien membuat sesuatu perubahan tingkah laku yang membolehkan klien menjalani kehidupan yang lebih produktif dan memuaskan.
- Meningkatkan keupayaan klien menghadapi masalah semasa berinteraksi dengan orang lain maka matlamat kaunselor ialah mencari jalan supaya dapat meningkatkan mutu dan cara klien berhubung dengan orang lain.
- Menguruskan diri berkesan sememangnya semua manusia akan mengalami masalah seandainya konflik yang berlaku pada masa dahulu tidak diatasi. Tugas kaunselor disini adalah untuk membimbing klien.
No comments:
Post a Comment