PRINSIP BIMBINGAN
- Seorang pembimbing hendakalah dilengkapi dengan kemahiran-kemahiran tertentu dalam proses menolong orang lain. Dia hendaklah memahami tentang tabiat manusia dan kemahiran komunikasi antara manusia.
- Bimbingan menolong murid menetapkan matlamat hidup yang realistik sejajar dengan kebolehan, minat dan bakatnya.
- Murid atau klien tidak boleh dipaksa berkongsi sesuatu maklumat atau menerima sesuatu keputusan. Suasana kerelaan dan kemesraan hendaklah diwujudkan pada setiap masa sesi bimbingan diadakan.
- Bimbingan dijalankan dengan kepercayaan bahawa setiap murid berupaya untuk berkembang dan berubah ke arah yang positif serta berguna.
PRINSIP KAUNSELING
Mengikut Patterson (1967)
- Kaunseling hendaklah menyediakan keadaan-keadaan yang memudahkan perubahan sukarela itu. Keadaan-keadaan itu adalah seperti hak individu untuk membuat pilihan sendiri dan hak individu untuk berasa bebas membuat perubahan tingkah laku.
- Klien pasti akan menghadapi batasan-batasan seperti yang ditentukan oleh matlamat kaunseling yang sebenarnya dipengaruhi oleh norma, nilai dan sikap seseorang kaunselor.
- Kaunseling memerlukan seseorang kaunselor mendengar perkara yang diperkatakan oleh klien tetapi bukan semua tindakkan mendengar boleh disifatkan sebagai kaunseling.
Mengikut Biasco F (1966)
- Kaunseling adalah untuk semua individu dan tidak dihadkan kepada mereka yang mempunyai masalah sahaja. Penekannanya adalah lebih kepada mencegah daripada membaiki.
- Kaunseling perkembangan adalah untuk membantu klien memperoleh pengetahuan dan kefahaman diri. Hal ini menyebabkan klien menerima keadaan dirinya dari segi jasmani, intelek dan afektif.
- Kaunseling perkembangan menekankan aspek yang positif kepada setiap individu berbanding aspek yang negatif.
Mengikut McDaniel dan Shaftel (1956)
- Setiap klien hendaklah diterima sebagai individu dan dilayan dengan baik. Kaunselor seharusnya memberikan penghormatan tulen terhadap hak-hak seseorang individu.
- Keadaan permatif ini dapat dilihat dari dua segi. Pertama, perhubungan antara kaunselor dengan klien boleh ditamatkan pada bila masa-masa. Ini bermakna tidak terdapat sebarang unsur paksaan. Kedua, kaunselor tidak boleh memujuk klien menerima nilai atau ideanya. Klien seharusnya menentukan untuk dirinya sama ada hendak menerima satu-satu pandangan atau cadangan yang dikemukan oleh kaunselor.
No comments:
Post a Comment